Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, June 22, 2012

is he ???

adakalanya kita begitu yakin apabila hadirnya seseorang dan memberi sejuta harapan dan makna cinta kepada kita ,sehingga menusuk ke dalam jiwa sehinggakan kita merasakan tidak mahu kehilangan dea .tetapi hakikatnya kita sedar tak bahawa ,segala kemungkinan akan terjadi .begitu pon kita ikhlas menerima nya .menyayanginya .pastikah cinta kita itu berbalas ?sayang kita akan diterima pakai ?
memberi harapan dan menaruh harapan amat menyakitkan .adakalanya melukakan sehingga kita merasakan dunia ini amat kejam kepada kita .kenapa perlu kita di lahirkan didunia yang kejam ini ?
sedalam mana pon kita mencintai seseorang ,tetapi hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa ?tidak akan mendatangkan hasil apepon .akan tetapi ape pula hasilnye jika kita berusaha untuk mendapat kasih & cinta dari padanya ?
jatuh cinta pada seseorang kadang kala hanya mengambil masa yang sekejap sahaja .kadang kala seketika membuatkn kita sedar yang kita  boleh jatuh hati padanya .jatuh hati pada kenalan yang lebih rapat membuatkan perasaan gundah & hati yg sedang dilanda gulana sepanajng masa menjadi tenang & tenteram .membuatkan kita duduk tidak senang dan ingin saja mencari alasan untuk sentiasa bersama .akan tetapi adakah pasangan kita itu mengerti ?adakah mereka faham apa yg diingini oleh kita ?

" kita menanti sesuatu yang tak pasti "
tanpa kita sedari perjalanan hidup kita dari masa ke semasa semakin berputar-putar dan berubah mengikut perubahan semasa secara perlahan-lahan dan semakin lama kita semakin asyik dengan perubahan yang berlaku .dan kadangkala mengizinkan suatu rasa yang semakin hilang dan pudar .perasaan yang hadir dalam jiwaku sering berubah dan beralih arah tanpa kita sedari jua perasaan aku juga berubah sekarang dan pasti akan berubah pada masa akan datang .tapi suatu hari nanti pasti akan aku hilang satu arah dan rasa itu ...

aku sudah penat & lelah kerana asyik dikecewakan .cukup-cukup la kecewakan aku .aku taknk mengharap tetapi kau memberi harapan .tipu la kalau aku tak sayang kau .malah perasaan tu semakin ari semakin menular dlm jiwa aku .aku tak pasti samaada aku boleh menghentikan nya atau tak .tetapi ......semakin aku menyayangi kau ,aku rase kan kau semakin jauh dari aku .kenapa ?aku tak cukup sempurna untuk kau ?aku tak ckup baik untuk kau ?ape salah aku pada kau ?kau memberi aku harapan tapi kau menghancurkan harapan aku ?kenapa aku perlu lalui semua ini ?aku kadangkala tak berharap aku harus mengenali kau .tapi aku cinta kau ! argghh !! kenapa perasaan tu harus ade lam ati aku ?!! andai kau mengerti ....


No comments:

Post a Comment